Thursday, November 20, 2008

Hadith Riwayat Az-Zawajir




Siang itu Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Rasulullah meninggalkan rumah untuk berkunjung ke rumah Rasulullah SAW. Semenjak menikah dengan Ali, Fatimah tidak lagi tinggal bersama Rasulullah. Maka sebagai pengubat rindu hati Fatimah dan Ali terhadap Rasulullah, mereka selalu meluangkan masa untuk mengunjungi sang ayah.

Namun pada kunjungan hari itu mereka mendapati Rasulullah tidak seperti biasanya. Dari luar rumah terdengar suara tangisan Rasulullah yang menyayat hati. Ali dan Fatimah berhamburan masuk ke dalam rumah ingin segera mengetahui apa yang sedang terjadi dengan Rasulullah.

Rasulullah sedang duduk termenung di dalam rumah. Tergurat kesedihan yang amat dalam di wajahnya. Air matanya terus meleleh membasahi kedua pipi yang putih bagaikan pualam. Sesuatu yang besar telah terjadi hingga Rasulullah menangis tiada henti.

“Assalamua’alika Ya Rasulallah… Apa yang telah terjadi…” tanya Ali.
“Wahai ayah, sesuatu apakah yang telah membuat ayah bersedih. Mengapa air mata ayah terus menetes?” sambung Fatimah.

Rasulullah memandang putri dan menantunya, lalu beliau berkata,
“Tadi malam ada seseorang yang mengajakku naik ke langit… Lalu membawaku ke suatu tempat yang sangat mengerikan. Jurang dalam yang dipenuhi dengan api yang berkobar… Lalu aku melihat orang-orang perempuan dari umatku yang disiksa dengan bermacam-macam siksaan. Begitu dahsyatnya siksaan itu hingga mereka menjerit-jerit kesakitan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis seperti ini”. “Wahai anakku… Diantara siksaan itu, aku melihat wanita-wanita yang digantung dengan rambutnya lalu otaknya mendidih”.

“Kemudian aku melihat wanita-wanita yang digantung dengan lidahnya, lalu air panas mendidih dituangkan ke tenggorokannya”.

“Di sudut yang lain aku melihat wanita-wanita yang diikat kedua kakinya hingga puting payudaranya dan kedua tangannya diikatkan pada ubun-ubunnya, kemudian Allah memerintahkan ular-ular berbisa dan kalajengking untuk menggigit dan menyengat tubuh-tubuh mereka”.

“Tidak hanya itu. Ada lagi wanita-wanita yang digantung dengan kedua puting payudaranya”.

“Lalu aku lihat wanita-wanita berkepala babi namun tubuh mereka seperti keledai dan telah disiapkan untuk mereka satu juta macam siksaan yang lain”.

“Aku juga melihat wanita-wanita yang wajahnya seperti anjing, sedangkan api masuk dari mulutnya dan keluar dari punggungnya, lalu malaikat memukul mereka dengan pemukul dari api”.

Rasulullah diam. Sesekali beliau mengusap air mata yang membasahi pipinya. Lalu bertanyalah Fatimah, “Wahai Ayahku tercinta, Apakah yang telah diperbuat oleh wanita-wanita itu? Sehingga mereka harus menerima siksaan yang sangat mengerikan itu?”

Rasulullah menjelaskan, “Wahai putriku, wanita-wanita yang digantung dengan rambutnya itu adalah wanita yang tidak mau menutup rambutnya dari laki-laki yang bukan mahram”. Dia malah bangga apabila ada laki-laki yang kagum dengan keindahan rambutnya sehingga dia enggan mengenakan kerudung atau tudung.

“Sedangkan wanita-wanita yang digantung dengan lidahnya adalah mereka yang mulutnya sering mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati suaminya”. Istri yang seharusnya bertutur kata yang baik, lemah lembut dan santun terhadap suami, ternyata malah sering melontarkan umpatan, celaan, hinaan dan kata-kata yang kasar. Maka itulah pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya.

“Lalu wanita-wanita yang digantung dengan puting payudaranya itu adalah wanita yang menyakiti suami di tempat tidur”. Dia suka menolak ajakan suami untuk ‘bersama’ dengan tanpa alasan yang jelas.

“Lalu kenapa dengan wanita-wanita yang kedua kakinya diikat hingga puting payudaranya dan tangannya sampai ubun-ubun, lalu tubuhnya digerogoti ular dan kalajengking itu Ya Rasulullah…” tanya Fatimah.
“Mereka adalah wanita yang tidak mau segera mandi junub setelah suci dari haid dan suka melalaikan shalat” jawab Rasulullah

“Bagaimana dengan wanita-wanita yang berkepala babi dan bertubuh keledai? Kesalahan apa yang telah mereka lakukan?” tanya Fatimah.
“Wahai Fatimah, mereka adalah wanita yang suka mengadu domba dan suka berbuat dusta”. Dia sebarkan berita-berita bohong untuk mengadu domba manusia.

“Sedangkan wanita-wanita yang yang bertubuh seperti seekor anjing, lalu api dimasukkan ke mulutnya dan keluar melalui duburnya adalah perempuan yang suka mengungkit ungkit pemberian dan suka dengki terhadap kelebihan orang lain” jelas Rasulullah.

Fatimah dan Ali tertegun mendengar cerita yang merupakan kejadian nyata yang dilihat oleh Rasulullah dalam perjalanan Isra’ Mi’raj. Allah sengaja menunjukkan kejadian-kejadian itu kepada rasulNya agar menjadi peringatan bagi seluruh umat, khususnya orang-orang yang beriman.

Di akhir cerita Rasulullah berpesan kepada Fatimah, “Wahai anak perempuanku.. Celaka bagi seorang istri yang menentang pada suaminya”

Monday, November 10, 2008



Assalammualaikum W.B.T

Buat pengunjung2 setia blog ini..rasanya lama sungguh tidak berkesempatan untuk meng'update'kan blog ini.Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapatlah kita sama2 berfikir sejenak tentang amalan2 kita selama ini.

Kadang2 tanpa disedari perjalanan hidup ini sentiasa tersasar dari paksi sebenar...ini mungkin kerana lemahnya benteng pertahanan dalam hati kita untuk menangkis semua ini...janganlah kita lupa bahawa satu-satunya pergantungan kita adalah pada Allah S.W.T.Berpautlah dengan sepenuh hati bahawa tiada apa daya dan upaya melainkan semuanya milik ALLAH.


Dalam kekusutan dan kekalutan kita berdepan dengan perjuangan seharian mendepani tipudaya dunia, kadangkala kita tersungkur, terjatuh dan lemah tak berdaya menepis rasa sakit berdepan ujian mahupun merai rasa suka bergelut godaan.




Kembali kepada Tuhan.Kembali pada Tuhan, Kembali pada Tuhan yang menciptakan dirimu dari setits mani yang hina.Jangan malukan dirimu menjadi penentang yang nyata!




Allah Berfirman: “Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Ali Imran 3:31)




“Senantiasa hati seorang yang dewasa menjadi lemah dengan dua perkara, cinta dunia dan panjang angan-angan” (HR Bukhari: 6420)



Abdulullah bin Abbas berkata: Pada suatu hari, aku pernah dibonceng oleh Rasulullah, dan beliau bersabda: “Wahai anak kecil, sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimat, ‘Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya didepanmu, Jika kamu ingin meminta, maka minta lah pada Allah, Dan jika kamu ingin memohon pertolongan, maka mohon lah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah,sesungguhnya sekiranya seluruh umat bergabung untuk memberi sebuah manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu kecuali jika Allah telah menetapkannya untukmu.Dan jika mereka semua bergabung untuk memberikan sebuah mudharat/bahaya kepadamu, mereka semua tidak akan mampu memberikan mudharat/bahaya itu kecuali jika Allah telah menetapkannya (pula) untukmu. Pena telah kering diangkat, dan buku catatan (amal) telah mengering” (HR at-Tirmidzi: 4/667 no 2516, dan lain-lain, Hadis ini Sahih dan dari Sahih Sunan At-Tirmidzi (2/610))



“Tidak lah berzina seseorang yang sedang berzina sedangkan dia mukmin” (HR Bukhari: 2475, Muslim: 57)




“Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap, Boleh jadi seseorang beriman saat waktu pagi, namun menjadi kafir ketika petang nya, atau beriman ketika petang dan,. Namun menjadi kafir ketika pagi nya, Dia menjual akhirat dengan dunia” (HR Muslim)




“Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat salah seorang dari kalian, melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian terhadap barang-barangnya yang hilang ketika ia mendapatkannya kembali” (HR Muslim: 4/2102 no 2675 dan lain-lain)

Thursday, September 18, 2008

Peluang "Last Minute" & Lailatul Qadar





Salam Ramadhan buat pengunjung semua...Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 18 hari dan ini sekaligus menjanjikan bahawa malam-malam yang terakhir akan tiba di mana ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau lebih dikenali sebagai malam lailatul qadar.Di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang artikel yang dipetik dari laman UZAR.Semoga sama-sama kita dapat manfaatnya...amin


Oleh

Zaharuddin Abd Rahman


Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 12 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 12 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.


Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir

"Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan saya

"Study last minute"

"Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"

"Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"

Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.

Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.

Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.

Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )

Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.

Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.

Memang benar tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat.

Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.


Kehebatan Malam Al-Qadr

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Lailatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.


Sekian

Friday, September 12, 2008

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra (Malaysiatoday)


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
(terjemahan diusahakan oleh Pak Usu dan saya telah mengubah suai beberapa ayat agar mudah difahami)

Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blog popularnya (Malaysia Today). Sumber

RAKAN RAJA PETRA MENULIS:

Di dalam artikel tersebut ada ayat yg mengatakan: "Nampaknya, tudung hanyalah di "kurniakan" kepada isteri-isteri Nabi dan bukan ke atas semua wanita..." Jadi saya telah melihat ke dalam Al-Quran dan menjumpai beberapa benda.

1) "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Komen: Pertamanya, lihat maksud ayat "supaya mereka boleh dikenali dan tidak diganggu". Ini bermakna sekurang-kurangnya, bahagian muka mesti boleh dilihat. Adalah menjadi kesalahan utk mengatakan kaum perempuan lain di masa itu (bukan Arab, Yahudi, Kristian) tidak memakai tudung. Sebenarnya, kaum perempuan Yahudi dan Kristian memakai tudung yg lebih konservatif drpd wanita-wanita Muslim.

Menutup badan juga adalah kemestian bagi kaum lelaki dan wanita yg tinggal di padang pasir. Ia tidak ada kaitan dgn mana-mana agama. Jadi apabila ayat tersebut menyatakan "supaya mereka boleh dikenali" ia sebenarnya bermaksud kaum wanita tidak perlu menutup muka atau kepala mereka sehingga tidak boleh dibezakan mereka dgn kaum perempuan Kristian dan Yahudi yg juga memakai tudung. Ini bermakna, tidak ada langsung perkara memakai tudung untuk menutup kepala dan muka.

Terjemahan Surah Al-Ahzab ayat ke 59 secara umum:

Ya ayyuhan nabi : Wahai Nabi

qul li-azwajika wabanaatika : beritahulah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu

wa nisaa i mu'mineena : dan wanita-wanita yang beriman

yudneena : untuk memanjangkan

Alayhinna : ke atasnya

min jalabeebihinna : daripada pakaian/tudung.


KOMEN UZAR
Malangnya, anda telah tersalah-tafsir ayat di atas dan memahaminya di luar konteks sebenar, saya kira ia adalah kerana anda tidak meneliti seluruh struktur ayat tersebut.
Realitinya, sebagai hamba Allah SWT dan pengikut Rasulullah SAW, kita diajar untuk selalu kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith untuk mendapatkan kepastian terhadap hukum sesuatu perkara. Berkenaan topik ini, Allah SWT Berfirman:-

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Ulama telah bersepakat bahaya setiap ayat yang diturunkan kepada Nabi kita Muhammad S.A.W juga adalah ditujukan kepada setiap Muslim melainkan jika berlainan disampaikan oleh Baginda S.A.W melalui Hadith atau ayat-ayat Quran yang lain. Contohnya: Nabi mempunyai lebih dari 4 orang isteri dalam satu-satu masa, ianya dipanggil "Khususiyat Anbiya" yang tidak dibenarkan untuk diikut oleh umat Muhammad kerana atas ketentuan khusus oleh Allah SWT untuk Nabi beserta dengan sebab-sebab yang lain.

TIDAK TERHAD KEPADA ISTERI NABI SAHAJA

Dari itu, dalam perkara ini, menutup aurat termasuklah kepala, rambut, leher dan dada adalah satu perintah yang bukan hanya terhad kepada isteri-isteri Nabi, tetapi juga kepada seluruh kaum wanita Muslim. Ianya bukanlah hanya budaya bangsa Arab yang tinggal di padang pasir yang berdebu, tetapi adalah suatu perintah agama yang khusus. Malah kita dapat melihat bagaimana Allah swt mengarahkan Nabi untuk menyampaikan arahan menutup aurat ini kepada seluruh wanita yang beriman sebagaimana firman Allah :-

وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud: "Wanita-wanita yang beriman"

Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku Muslim lagi mukmin, wajiblah mereka tunduk dan patuh serta mentaati perintah Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat tadi.

Definisi jilbab yang disebut di dalam ayat tadi adalah pakaian yang dipakai oleh kaum wanita (sama seperti baju kurung) untuk menutup badan mereka. Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi menerangkan bahawa di zaman Jahiliyah, apabila segelintir wanita keluar dari rumah, mereka gemar menunjuk-nunjuk sebahagian kecantikan mereka seperti dada, leher dan rambut sehingga mereka diganggu oleh lelaki-lelaki yang gemar melakukan zina.

Kemudian, ayat di atas diturunkan memerintahkan wanita-wanita Muslim untuk memanjangkan (beerti dari bahagian atas ke bahagian dada dan bukannya hanya di bahagian dada sahaja) jilbab mereka supaya menutup bahagian-bahagian badan yang boleh mendatangkan fitnah. Dengan cara ini, mereka akan dikenali sebagai wanita suci, mulia dan bersih (‘afifah) dan menepati ciri wanita Muslim sebenar. Jadi, dengan demikian mereka akan dikenali sebagai bukan kumpulan wanita murahan yang boleh dipermain dan diganggu maruahnya.

Ayat di atas menunjukkan bahawa menutup aurat itu adalah lambang atau tanda seorang Muslim. Allah SWT juga Berfirman:


وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ

"Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati." (Al-Haj : 32)

Oleh itu, sebab utama (‘illah) untuk perintah di atas adalah untuk mencegah wanita-wanita Muslim daripada diganggu lelaki-lelaki jahat. Pakaian-pakaian yang mendedahkan kecantikan wanita atau cara jalan atau percakapan yang menggoda sudah tentu akan menaikkan nafsu syahwat kaum lelaki. Kelakuan begini akan mengundang kaum lelaki untuk berfikiran jahat dan mencabul. (Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit olahan)

WANITA YAHUDI DAN KRISTIAN BERTUDUNG, MAKA MUSLIMAH PERLU BUKA TUDUNG ?

Adalah SALAH juga untuk mendakwa bahawa kononnya erti dari ayat iaitu "supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, dan kerana itu mereka tidak diganggu" menunjukkan bahagian kepala, rambut dan muka mesti didedah bagi memperbezakan antara wanita Islam dan wanita kristian dan Yahudi yang kononnya bertudung (sebagaimana dakwa rakan Raja Petra dan dipersetujuinya).

Saya mengatakannya salah adalah kerana sebab berikut :-

Pertama: Adakah logik untuk mengatakan kita hanya boleh mengenali seseorang wanita dengan melihat wajahnya dan rambutnya? Sudah tentu tidak, kita boleh mengenali mereka dengan pelbagai cara, sama ada dengan mendengar suaranya atau perkara-perkara lain selain dari wajahnya.

Kedua: Sebenarnya kebanyakan wanita-wanita Jahiliyah TIDAK BERGAMA KRISTIAN MAHUPUN YAHUDI, mereka tidak memakai tudung sama sekali dan sebahagian mereka memakai tudung berpandu kepada hawa nafsu dan kesukaan mereka, ini menjadikan tudung mereka sama sekali tidak menyerupai tudung wanita Islam. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 3/285).

WANITA JAHILIYYAH TIDAK BERTUDUNG!

Perihal keadaan wanita Jahilyyah disebut sifat mereka di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Aby Hurairah dimana Rasulullah SAW bersada:

"Dua golongan penghuni neraka yang tidak aku nampak:

(1) manusia yang mengibaskan tali cemeti seperti ekor kerbau pada mereka dan mereka akan memukul manusia yang lain (pemerintah yang zalim);

(2) perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong (pada kejahatan) dan menarik orang lain condong kepadanya. Kepala mereka akan jadi seperti bonggol unta ‘bukhtun' yang condong kepada suatu arah. Mereka tidak akan masuk Syurga dan mereka tidak akan cium bau Syurga sedangkan bau Syurga itu boleh dihidu daripada jarak-jarak yang tertentu"
(Riwayat Muslim, Sohih).

Wanita-wanita JAHILIYAH dikatakan memakai pakaian tetapi masih berbogel kerana mereka memakai baju tetapi tidak menutup aurat kerana baju tersebut adalah nipis (boleh ditembusi pandangan) dan mendedahkan tubuh mereka; seperti banyaknya pakaian wanita hari ini. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qardawi)

‘Bukhtun' di dalam hadith di atas adalah sejenis unta yang mempunyai bonggol yang besar. Rambut wanita menyerupai bonggol unta tersebut apabila diikat dan disanggul di atas kepala.
Semua sabdaan Nabi ini membuktikan perempuan-perempuan Jahiliyah tidak menutup kepala dan rambut mereka. Manakala wanita Kristian dan Yahudi yang didakwa memakai tudung seperti tudung Islam oleh rakan Raja Petra itu, saya kira adalah lebih dibawakan bukti dari kitab Injil atau Taurat.


Selain itu, apakah yang membuatkan anda terlalu pasti bahawa bertudung pakaian sebenar perempuan Kristian di Makkah dan Madinah di waktu itu? Golongan Yahudi pula terlalu sedikit di Madinah untuk diambil kira dan kita juga tidak tahu secara sohih jenis tudung mereka.
Ada segolongan manusia yang cuba menyokong idea mereka dengan membawakan gambar-gambar ‘tudung' Yahudi dan Kristian, yang diambil dari wikipedia dan sumber-sumber yang lain.


Saya katakan, tunjukkanlah pada kami ayat di dalam Injil dan Taurat yang mendefinasikan ‘tudung' Kristian dan Yahudi, yang tanpanya, gambar-gambar yang anda bawakan adalah tidak mencukupi sama sekali, sia-sia dan tidak boleh dirujuk langsung. Sekali lagi, tunjukkan ayat-ayat Injil dan Taurah yang sebenar.

Sekalipun jika anda mampu membawakan perintah-perintah menutup kepala bagi wanita Kritsian dan Yahudi di dalam kitab Injil dan Taurat ( yang hakikatnya sudah dipesong habis oleh paderi sejak zaman Nabi lagi), tidak kiralah apa jenis tudung mereka sekalipun, wanita-wanita Muslim tetap mempunyai tugas untuk dilaksanakan, iaitu memakai tudung mengikut satu garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Selain itu, jika benar pun ‘tudung' bagi wanita Kristian dan Yahudi adalah seperti tudung wanita Muslim, maka apakah masalahnya jika sama dalam perkara yang baik dan suci? Smaa seperti Islam mendokong keadilan dan demikian juga agama lain.

Kita mesti fahami dan menyedari bahawa agama asal An-Nasara dan Al-Yahudi (sebelum diubah sepertimana sekarang ini) adalah juga agama samawi iaitu suatu ajaran yang diturun oleh Allah melalui Nabi Isa dan Nabi Musa a.s kepada kaum mereka ahli Kitab. Oleh itu, persamaan dalam beberapa aspek adalah normal dan boleh diterima.

KRISTIAN HANYA BERTUDUNG TATKALA SEMBAHYANG

Walaubagaimanapun, realitinya, tunjukkan berapa ramai Kristian dan Yahudi yang memakai ‘tudung' secara terbuka? Anda patut sedar bahawa sifat tudung kristian adalah Berbeza DIMANA MEREKA HANYA UNTUK menutup kepalanya hanya setiap kali mereka ingin bersembahyang, sama ada di gereja atau di rumah. Ini bermakna jika dia tidak bersembahyang di rumah, kepalanya akan terdedah di kalangan tetamu lelaki yang tidak ada kaitan keluarga dengannya; atau jika dia bersembahyang di rumah, kepalanya ditutup walau kepada suaminya dan keluarganya sendiri.

Kesimpulannya, jika perempuan Kristian hanya memakai ‘tudung' semasa bersembahyang, maka tiada persamaan yang perlu diambil kira sebagaimana dakwaan rakan Raja Petra. Malah perkataan "untuk dikenali" di dalam ayat tadi juga sebenarnya telah disalahtafsirkan oleh Raja Petra dan rakan-rakannya.

RAKAN RAJA PETRA MENULIS :

2) "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasaannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhias yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." Surah An-Nur (24), ayat 31.

Raja Petra Comment : Sekali lagi tiada disebut langsung pasal kepala (ru'usa) di dalam ayat ini atau muka (wujuh/wajh). Sila perhatikan perkataan ‘menarik pakaian luarannya ke atas dada mereka'.
Terjemahan bahasa Arabnya adalah seperti berikut:

walyadribna : dan tutuplah

bi khumurihinna : dengan pakaian luarannya

Ala : ke atas

juyoobihinna : dada mereka

Wanita diperintahkan untuk menutup dada mereka. Itu sahaja. Ini sama dengan petikan Surah Al-Ahzab ayat 59 di atas di mana kaum wanita diperintahkan untuk melabuhkan pakaian mereka. Tiada langsung disebut kepala (ru'usa), muka (wujuh) atau rambut.

KOMEN UZAR UNTUK NOMBOR 1 & 2 :

Allah Yang Maha Perkasa telah Berfirman:-

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ

Maksudnya: Dan katakan pada wanita-wanita beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.."

Saudara Raja Pete atau rakan anda, mengapakah kamu atau dia hanya bertumpu sekitar beberapa perkataan di dalam ayat tersebut dan tidak memberikan perhatian kepada yang lainnya.?

FAHAMI ERTI 'KHUMUR'

Raja Petra dan rakannya telah menafsirkan ‘Al-Khumur' secara tidak tepat, ini berpunca dari kaedah terjemahan dan kefahaman yang dibuat secara harfiah (perkataan demi perkataan) , kaedah terjemahan dan pemahaman sedemikian tidak akan dapat membantu anda memahami perkataan tersebut dengan betul.

Jika anda mampu memahami perkataan "al-Khumur' dengan sebenar, ia akan memberikan anda jawapan kepada soalan yang anda sendiri reka dan menjawab andaian-andaian salah yang anda cipta iaitu apabila anda berkata : "Tiada LANGSUNG disebut tentang kepala atau rambut".
Maksud sebenar khumur (tudung) adalah apa sahaja yang digunakan untuk menutup kepala. Manakala ‘juyub' (kata ganda bagi jaibun) adalah bentuk dada yang tidak ditutup dengan kain. Oleh itu, setiap wanita mestilah menutup tidak hanya kepala mereka tetapi juga dada termasuklah leher, telinga dan segala bahagian badan yang boleh membuatkan kaum lelaki menjadi tertarik.


Untuk memahami teks Quran dengan betul, seseorang mestilah menyelami dan mencari penggunaan istilah secara tepat di dalam bahasa Arab. Dia juga harus tahu bagaimana cara istilah atau perkataan itu digunakan di dalam masyarakat Arab kerana Quran diturunkan didalam bahasa Arab kepada masyarakat Arab di waktu itu.

Displinnya adalah mudah sahaja dan ia terpakai untuk semua jenis bahasa di tempat masing-masing. Sebagai contoh jika anda berada di United Kingdom, apabila orang tempatan berkata "It cost the earth" maka secara semulajadi akan difahami ertinya iaitu 'terlalu mahal dan apabila disebut "I hit the roof" beerti sudah marah. Perkataan ‘Motorway' beerti highway dan lain-lain. Tentunya, mereka yang biasa sahaja akan dapat memahami dengan tepat.

Demikian juga penggunaan perkataan tertentu untuk maksud tertentu yang sudah amat difahami oleh orang setempat seperti perkataan ‘rumah' yang termasuk dalam takrifannya adalah tanahnya, dapur dan tandasnya.

Sama juga halnya dengan bahasa daerah di Malaysia, seperti 'nate' bermaskud binatang dan penghinaan dan lain-lain.

Sama seperti kes dalam ayat ini, apabila Allah menggunakan kalimah "khumur", ia sudah difahami oleh Nabi dan para sahabat setempat ia bermaskud kain yang menutupi kepala. Ia dijelaskan sendiri oleh pakar tafsir di kalangan sahabat iaitu Ibn Abbas r.a.

Justeru, ia sebenarnya tidak termasuk dalam kes takwil perkataan tertentu dalam ayat dan sepertinya. Malah ia termasuk dalam ilmu Usul Fiqh dalam perbincangan Ibaratun Nas, Dalalah an-Nas, Isyaratun Nas dan lain-lain. Sebab itulah ilmu Usul Fiqh wajib dikuasai bagi mereka yang ingin pergi dalam dalam memahami Al-Quran. Tanpanya, anda perlu merujuk ulama yang pakar sama ada dari tafsir-tafsir ulama silam, kontemporari dan sebagainya.

Dari itu, adalah baik untuk mendapat pengetahuan tentang cara hidup masyarakat Arab yang silam (terutamanya pada masa Nabi S.A.W) sebelum seseorang boleh memahami maksud sebenar sesuatu ayat. Bagi memenuhi kehendak ini, merujuk kepada buku-buku tafseer daripada Imam-Imam Tafseer adalah amat penting bagi mengelakkan diri kita dari tersalah-tafsir dan tersalah faham.

Malah sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami Islam dengan serius mereka disarankan untuk menziarahi negara-negara Arab untuk merasakan suasana dan membiasakan diri dengan penggunaan perkataan-perkataan tertentu dalam perbualan masyarakat Arab dewasa ini. Ini sudah tentu dapat membantu lagi dalam memahami bahasa Arab di dalam Quran.


Bila Allah SWT menyebut "Khumurihinna", apa yang mesti kita fahami pertamanya,
Apakah yang dimaksudkan dengan "khumur"?.
Jawapannya ialah tudung yang menutupi kepala, rambut, telinga dan sebagainya. Apabila seseorang menyebut "khumur" di depan seseorang lain yang arif tentang bahasa Arab, apakah yang dia akan faham? Sudah tentulah, tudung juga. Fakta ini telah banyak dibahaskan oleh Ulama Islam yang hebat seperti Imam At-Tabarii (wafat 301Hijriah) di dalam tafseernya yang terkenal, Jami al-Bayan dan juga Imam Ibn Katheer (Tafseer At-Tabari, 18/120; Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 3/285)


SATU LAGI DALIL PERLU BERTUDUNG SEMPURNA

Selain dari khumur iaitu kain tudung yang menutup kepala wanita, dan juyub yang menutup leher dan dada kaum wanita, ayat tersebut juga menekankan satu lagi aspek yang secara putus termasuk rambut, kepala dan leher iaitu firman Allah SWT:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ

Maksud: "dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya."

Adakah anda faham apakah yang dimaksudkan dengan "perhiasannya" di dalam ayat ini?
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qardawi, perhiasan yang dimaksudkan di atas merujuk kepada apa sahaja yang dipakai untuk mencantikkan diri seseorang; sama ada yang diKurniakan Allah seperti wajah, rambut dan bentuk tubuh; atau kecantikan yang dibuat manusia seperti baju, barang kemas, make-up dan lain-lain.


Di dalam ayat di atas, Allah Memerintahkan wanita untuk menyembunyikan perhiasan diri mereka tanpa pengecualian. Walaubagaimanapun, pengecualian hanyalah pada "yang (biasa) nampak daripadanya". Para Ulama mempunyai perselisihan pendapat tentang apakah maksudnya dan batas-batas "perhiasan, kecuali yang (biasa) nampak" tetapi kesemuanya bersetuju bahawa tiada pengecualian untuk rambut dan kepala.

Ini adalah berdasarkan hadith berikut:-
Saidatina Aisyah R.A. meriwayatkan bahawa saudara perempuannya Asma' binti Abu Bakar masuk ke rumah Nabi S.A.W memakai pakaian yang nipis dan jarang sehinggakan menampakkan bentuk tubuhnya. Nabi S.A.W lalu memalingkan muka Baginda daripada Asma' dan berkata:

"Wahai Asma'! Sesungguhnya apabila seseorang wanita telah mencapai umur baligh, dia tidak boleh mendedahkan badannya kecuali ini dan ini - sambil menunjukkan muka dan kedua tapak tangan (kedua-dua tangan)." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun ada perbincangan tentang perawi hadith ini, ianya dikuatkan dengan banyak lagi hadith yang membenarkan mendedahkan muka dan tangan jika ianya tidak membawa mudharat (fitnah). (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

Hadith ini juga menyokong pendapat bahawa kepala dan rambut wanita adalah ‘aurat dan mesti ditutup oleh wanita Muslim, kecuali muka dan tapak tangan atau tangan yang boleh dilihat oleh masyarakat umum.

Memang benar, terdapat perbincangan tentang apakah yang dimaksudkan dengan "perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya" iaitu bahagian yang dibolehkan terdedah sebagaimana yang dinyatakan di dalam AL-Quran tadi. Namun, sepakat ulama 4 mazhab dan Ijma' ia BUKANLAH rambut, leher, telinga dan kepala.

Ibnu Abbas R.A., salah seorang sahabat terulung Nabi S.A.W. menafsirkan "perhiasan yang (biasa) nampak daripadanya" adalah celak mata dan cincin. Anas Bin Malik R.A juga sependapat dengan beliau.

Oleh itu, bahagian badan yang mempunyai celak mata dan di mana cincin dipakai (iaitu muka dan tangan) adalah dikira sebagai "yang (biasa) nampak". Ini juga merupakan pendapat Tabi'in seperti Said bin Jubair, ‘Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun, Ummul Mukminin Aisyah R.A., Qatadah dan beberapa yang lain berpendapat gelang sebagai "yang (biasa) nampak". Oleh itu, pergelangan tangan (di mana gelang dipakai) juga dikira sebagai "yang (biasa) nampak" jika ianya tidak menimbulkan fitnah. Berkenaan batas pergelangan tangan ke siku, ianya masih dibincangkan di kalangan Ulama; dari itu adalah lebih baik untuk menutupi bahagian antara pergelangan tangan dan siku.

RAKAN RAJA PETRA menyatakan:

3) Untuk menterjemah Quran, kita perlu pergi kepada ahlinya. Dalam keadaan apa ayat itu diturunkan, dll. Tapi bukan semua Ulama tahu perkara ini.

Komen: Kita TIDAK menterjemah Quran. Boleh saya cadangkan suatu yang lebih mudah? Kenapa tidak hanya membacanya? Jika kita baca Quran dalam bahasa Arab dan kemudian melihat terjemahannya baik-baik, kita akan dapat memahaminya. Anda TAK PERLU TAHU bahasa Arab pun. Contohnya, perkataan arab untuk KEPALA, tidak pernah disebut di dalam mana-mana ayat di atas. Begitu juga dengan muka dan rambut. Jadi bagaimana penterjemah memasukkan kepala, muka dan rambut? Seseorang mesti terangkan perkara ini.

KOMEN UZAR

Saya telah menjawab kenyataan salah ini dan tidak perlu lagi disentuh perkara ini.
Apakah anda fikir Allah hanya akan menggunakan ru'asa untuk memberi erti kepala dan sya'run kepada rambut? Anda benar-benar keliru Encik Raja Pete dan rakan. Apabila Allah SWT melarang kita walau berkata ‘Ah' kepada kedua orang tua kita sebagaimana yag disebut di dalam surah Luqman. Jadi adakah boleh kita menyebut ‘Uh' dan bodoh dan sebagainya kepada kedua orang tua kita hanya kerana ianya tidak disebut dalam Quran dengan jelas?


Sebenarnya, apabila Allah melarang perkataan ‘Ah' kepada ibubapa, ini beerti Allah swt juga melarang segala macam ucapan yang mempunyai kesan buruk yang sama, malah bukan hanya perkataan-perkataan keji sahaja, tetapi juga perangai dan kelakuan yang tidak baik terhadap kedua ibubapa. Di dalam ilmu Usul Fiqh ia dipanggil Qiyas al-Awla atau boleh juga dikategorikan sebagai ‘umum al-lafz' yang membawa semua perkataan di bawah maksud yang sama.
Jadi, kepala dan rambut wanita termasuk di dalam perkataan "al-khumur" di dalam ayat tersebut. Semudah itu.


Tentang bahagian akhir artikel Raja Petra, sebahagian hadith telah disalah rujuk jadi saya tidak perlu memberi respon padanya.
MITOS 'DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER'
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.


"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.


Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :


إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ;

Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

Terima kasih atas masa anda.

Untuk rujukan lanjut:
1) Women Aurah , What Has Happened?
2) Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi?

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
10 Sept 2008
9 Ramadhan 1429 H
Wales,UK


Thursday, September 11, 2008

RENUNGKAN SEBELUM INGIN BERMAKSIAT



SEDIKIT RENUNGAN BUAT SAHABAT2 SEMOGA DAPAT DIJADIKAN BENTENG DALAM USAHA KITA MEMERANGI HAWA NAFSU...


Ada seorang laki-laki mendatangi Ibrahim bin Adham, ia berkata, “Wahai Imam, saya ingin bertaubat dan meninggalkan seluruh dosa yang saya miliki. Jika suatu saat saya kembali melakukannya, tunjukkanlah padaku terapi yang dapat menghindarkan aku bermaksiat kepada Allah.”

Apakah Anda ingin seperti itu? Siapakah di antara kita yang tidak menginginkan bertaubat kepada Allah dan membuang seluruh dosa sejauh-jauhnya? Perhatikan dan camkanlah nasihat Ibrahim bin Adham secara sungguh-sungguh!

Ibrahim bin Adham berkata, “Jika Anda ingin bermaksiat kepada Allah, maka jangan melakukannya di atas bumi-Nya!” Maka laki-laki itu bertanya, “Dimanakah saya dapat bermaksiat terhadap-Nya?” “Di luar bumi-Nya.” Jawab Ibrahim bin Adham. “Wahai imam, bagaimana hal itu dapat terjadi, sedangkan bola bumi ini dalam genggaman-Nya?” Tanya lelaki tersebut. “Tidakkah malu bahwa bola bumi dalam genggaman-Nya?” Jawab Ibnu Adham.
Kemudian Ibrahim bin Adham berkata,

“Jika anda ingin bermaksiat kepada-Nya, maka janganlah engkau memakan rezeki-Nya!”
Lalu, lelaki itu bertanya, “Maka, bagaimanakah saya dapat hidup?” Ibrahim berkata, “Tidakkah anda malu memakan rezeki-Nya sedangkan anda bermaksiat kepada Allah?” Kemudian Ibrahim melanjutkan perkataannya,

“Jika Anda berkeras bermaksiat kepada Allah, maka bermaksiatlah di suatu tempat yang Ia tidak melihatmu!” Laki-laki itu bertanya, “Bagaimana bisa seperti itu, sedangkan Ia selalu bersama kita, di manapun kita berada?” Ibrahim bin Adham menjawab, “Tidakkah Anda malu bermaksiat kepadanya sedangkan Dia lebih dekat denganmu?”

Jika Anda tetap berkeras bermaksiat kepada Allah, maka jika malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya, “Tunggulah sebentar sampai aku bertaubat!” kata Ibrahim bin Adham. “Lantas, siapa yang memiliki kekuasaan menunda kematian seperti itu?” tanya lelaki itu. Ibrahim berkata, “Tidakkah engkau malu, saat datang malaikat maut sedangkan engkau dalam keadaan bermaksiat?”

Kemudian ia melanjutkan perkataannya, “Jika Anda enggan menghentikan perbuatan maksiat kepada Allah, tiba-tiba datang para malaikat Zabaniah Jahannam menyeret anda masuk neraka, maka katakan kepada mereka, bahwa Anda tidak ingin pergi bersama mereka!”“Bagaimana mungkin, saya bisa seperti itu?” tanya laki-laki tersebut.

Akhirnya Ibrahim bin Adham mengakhiri nasihatnya dengan mengatakan, “Tidakkah Anda malu kepada Allah setelah mengetahui seluruh penjelasan ini!” Sekarang, bacalah sekali lagi dan gantilah laki-laki tersebut dengan nama ANDA... ya Anda sendiri. Setelah Anda selesai membacanya, lontarkanlah satu soal kepada diri Anda, “Tidakkah aku malu kepada Allah SWT????”

Lihatlah pada kasih sayang Allah dan malulah kepada-Nya. Tidakkah anda malu setelah penjelasan ini, jika anda tetap berkeras bermaksiat kepada Allah SWT maka masih ada satu lagi, lihatlah pada rahmat Allah yang diberikan untuk anda agar mempunyai rasa malu dan lihat pula akan curahan kasih sayang-Nya dan sukacita-Nya kepada diri anda.

Dipetik dari Kitab: Semulia Akhlak Nabi - Amru Khalid

Wednesday, September 3, 2008

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM/MUSLIMAT DI BULAN RAMADHAN


Assalammualaikum...

Kepada pengunjung2 blog yang masih sudi mengunjung blog ini., terima kasih banyak-banyak diucapkan...rasanye masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam ramadhan buat semua...

semoga ramadhan kali ini kita dapat menyambut dengan penuh rasa kegembiraan kerana tak sabar2 untuk kita berlumba-lumba mengerjakan amalan yang dituntut...


Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan, dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:


"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad).


Marilah sama-sama kita berusaha agar tak tergolong dalam orang yang rugi kerana belum pasti bahawa kita akan temui ramadhan akan datang, mungkin ini ramadhan terakhir untuk kita.. kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh untuk melanjutkan perjalanan menuju Allah s.w.t.


Perjalanan menuju Allah s.w.t. itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Digunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan.


Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya terang-benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya.


Untuk sampai pada tujuan, tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.


Di sini saya ingin berkongsi jadual harian seorang muslim di bulan ramadhan agar kita semua mendapat 'guideline' dan petunjuk supaya masa yang berlalu tidak disia-siakan


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


4.00 pagi: Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi: Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.


Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.


Solat Sunat WitirNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi: Makan sahur, menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.28 pagi: Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.


7.00 pagi: Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi: Sembahyang Sunat Dhuha kerana ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh hari: Bersiap untuk solat Zohor dan menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat rawatib. Bersujud syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg: Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg: Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!
6.30 ptg: Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanyalapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. Apabila masuk waktu magrib. Bacalah doa dan berbuka :Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
8.00 mlm: Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih. Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm: Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur. Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hariesok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Semoga sedikt perkongsian ini dapat manfaat untuk kita semua...
"Selamat Menjalani Ibadah puasa"

Thursday, August 28, 2008

KAITAN MINDA BAWAH SEDAR & KHUSYUK SOLAT




"Kaitan minda bawah sedar dan khusyuk dalam sembahyang. Minda bawah sedar beroperasi dengan tiga modaliti. Iaitu pendengaran , penglihatan dan emosi (hati)

Dengan menggunakan ketiga-tiga modaliti ini dapat membawa diri kita menuju pada khusyuk dalam sembahyang. InsyaAllAH

Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam hal-hal yang Kami belum pernah meneguhkan kedudukanmu dalam hal itu dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit juapun bagi mereka, karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh siksa yang dahulu selalu mereka memperolok-olokkannya. (AL-AHQAAF: 26 )

Setiap pendengaran, penglihatan dan hati (emosi) adalah secara berpasangan iaitu dalam bentuk zahir dan batin.

Sewaktu kita mendirikan solat hendaklah kita bersikap IHSAN iaitu

“Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat akan dia; Jika engkau tidak dapat melihat akan Dia , maka sesungguhnya Dia melihat engkau. Maksud Hadis nabi .

Kekuatan minda bawah sedar kita yang seolah-olah dapat melihat ALLAH dengan mata hati kerana kita ;melihat ALLAh dengan kepercayaan yang hakiki bahawa Allah tuhan kita, Iaitu beriman kepada yang ghaib yang menjadikan penglihatan kita disinari Nur Illahi.


(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
Baqarah:3

Penetapan minda perlu dilakukan iaitu kita sentiasa memberitahu kepada diri kita setiap kali mendirikan sembahyang iaitu Katakan pada diri ‘Aku mesti khusyuk sembahyang pada kali ini". Kita sebenarnya menyampaikan mesej ini kepada minda bawah sedar iaitu janji dan keazaman kita untuk khusyuk dan ada juga setengah ulama yang membayangkan setiap kali mendirikan solat mereka mengatakan mungkin itu solat yang terakhir mereka dapat lakukan.


Hadir hati ialah dengan mengosongkan fikiran kita mengenai hal keduniaan. Kita serahkan hal dunia pada pemiliknya dan kosongkan pemikiran terhadap dunia keran setiap kali solat ialah kita menghubungkan jambatan akhirat dengan meninggalkan dunia. Solat juga merupakan ‘MIKRAJ’ iaitu jiwa kita diperjalankan datang meghadap Allah. Angkatkan ‘jiwa kita menghadap Allah yang maha AGUNG dengan emosi yang penuh kekudusan dan keikhlasan .

Di sinilah peranan emosi kita perlu dibangkitkan sehingga kita dapat merasakan kehebatan dan kebesaran Allah . Apabila anda berada pada tahap ini akan terasa getaran di hati tanpa disedari airmata akan mengalir ke pipi kerana merasa HAIBAH atau rasa segan dan takut kepada PENCIPTA . Perasaan MALU (HAYA’) akan meneyelubungi jiwa anda kerana anda ‘melihat’ kebesaran ALLAH dan anda sebagai hamba.NYA

Dalam Pendengaran pula anda hayati bacaan-bacaan dalam sembahyang. Pastikan pendengaran anda samada secara dalaman dan luaran dapat didengari. Oleh telinga batin dan telinga zahir. Barulah anda tidak berada di dalam kelalaian. Bacalah dengan tartil, jangan laju-laju sambil menghayati bacaan tersebut supaya tingkat kesedaran diri anda pada tahap yang tertinggi.Yang paling baik anda memahami bacaan-bacaan tersebut.

Untuk mencapai tahap tersebut anda mesti fokus pada hati (EMOSI) ,pendengaran dan penglihatan anda samada luaran atau dalaman secara bersungguh-sungguh.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A’raaf:179)


Menggunakan minda bawah sedar dalam menunaikan solat ialah dengan daya imaginasi . Dalam solat hendaklah anda membayangkan syurga dan neraka. Dengan cara ini dapat menarik hati kamu untuk melakukan solat dengan bersungguh-sungguh. Bayangkan juga alam semesta yang teramat luas samada di langit dan bumi serta isinya yang akan membawa rasa takjub kepada kehebatan penciptanya.

Amalan di luar solat pula ialah hendaklah kamu mengingati Allah pada bila-bila masa kerana ianya dapat membantu kamu khusyuk dalam solat. Amalan membaca Alquraan dan , berzikir dan sentiasa merenung dan memikirkan ciptaan Allah akan membawa kepada khusyuk dalam sembahyang . InsyaAllah

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya (Al-Mukminun :1-2)

Wednesday, August 27, 2008

KHUTBAH NABI S.A.W. MENYAMBUT RAMADHAN



"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Didalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan.
Padanya ada suatu malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan penghulu segala bulan, maka "Selamat datanglah" kepadanya."

Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kewajiban, dan qiam dimalam harinya suatu tatawwu'.

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu didalam bulan yang lainnya.
Barangsiapa menunaikan sesuatu fardhu dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu dibulan lainnya.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga.
Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin didalamnya.
Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa.
Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.
Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan, dan akhirnya kemerdekaan dari neraka.
Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) niscaya Allah mengampuni dosanya

Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara dibulan Ramadhan.
Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.
Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya.

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.
Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk kedalam surga."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Monday, August 25, 2008

Persiapan Utama Berumahtangga


MEMILIH ISTERI DENGAN BAIK

“Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu,
dan orang-orang yang (berkahwin) dari hamba-hambanya
sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang
perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan
mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah Maha Luas
(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur : 32 )


Ciri – ciri isteri solehah yang telah ditetapkan
dalam sunnah Rasulullah saw:

Menjalankan perintah agama, wanita yang cantik,
yang kaya, yang baik keturunannya dan beriman.

1- Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.

2- Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda “Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat.”

3- Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda “Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat”.

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud:

“Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu.”

BERUSAHA MEMPERBAIKI ISTERI

Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan dan anugerah Allah . Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak baik, maka merupakan kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha memperbaikinya.

Perkara ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, di antaranya jika seorang lelaki mengahwini wanita yang pada dasarnya tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya tidak memberi keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan paksaan keluarganya.

Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahawa yang memberi hidayah itu Allah , dan Allahlah yang sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain dari mendidik suami hendaklah sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah .

Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:

1. Memberikan tumpuan untuk memperbaiki cara peribadatannya kepada Allah Taala.
2. Berusaha memperbaiki aspek keimanannya, seperti:

a) Menganjurkannya melakukan qiyamullail (solat malam).
b) Menganjurkan supaya rajin membaca Quran.
c) Menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta mengingatkannya agar melakukannya pada waktu-waktu dan kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.
d) Mendidiknya agar rajin bersedekah.
e) Menyuruhnya agar membaca buku-buku keislaman yang bermanfaat.
f) Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang berfaedah, baik yang berkenaan dengan ilmu pengetahuan mahupun pembinaan keimanan, serta terus berusaha untuk menyediakan kaset-kaset tersebut.
g) Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang beragama, dan mengikat tali persaudaraan bersama mereka, sebagai teman berbincang dalam kebaikan dan saling kunjung-mengunjungi dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat.
h) Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup pintu-pintunya dengan cara menjauhkannya dari bergaul dengan teman-teman yang buruk perangainya dan menjauhi tempat-tempat kejahatan.

SUASANA RUMAH TANGGA YANG DIBERKATI

Rumah sebagai tempat mengingat Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

“Perumpamaan rumah yang dijadikan tempat mengingat Allah dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang telah meninggal.”

Apabila rumah dijadikan tempat mengingat Allah , maka malaikat akan masuk ke dalamnya dengan membawa rahmat dan berkat. Mengingat Allah dengan banyak membaca Al- Quran, solat, zikir dan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmu. Selain itu rumah tersebut juga harus jauh dari kemaksiatan dan kemungkaran dengan dipenuhi dengan gambar-gambar khurafat, patung-patung, lagu-lagu yang mengkhayalkan dan minuman keras.
Rumah sebagai kiblat, tempat sujud dan ibadah kepada Allah Taala

· Pendidikan keimanan terhadap ahli keluarga
a) menyuruh isteri solat malam
b) menyuruh isteri bersedekah

Jika ketua rumah tangga ingin menunjukkan teladan yang baik bagi anggota keluarganya maka hendaklah ia berpuasa pada ayyamul baidh “Hari-hari purnama” (tanggal 13, 14, 15), puasa Isnin-Khamis, puasa Hari Tasu’a (tanggal 9 Muharram), puasa Hari Asyura’ (tanggal 10 muharram), puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dan banyak berpuasa pada bulan Muharram dan bulan Syawal, sehingga keteladanan ini akan menjadi pendorong bagi ahli keluarga.

· Amalan sunnah dalam rumahtangga
a) Bacaan ketika masuk rumah, masuk ke rumah dengan menyebut nama Allah .
b) Doa ketika keluar rumah, keluar rumah dengan menyebut nama Allah dan membaca doa.
c) Bersiwak, Rasulullah SAW apabila ingin masuk ke dalam rumah baginda akan memakai siwak yaitu membersihkan gigi dengan kayu siwak.

Sentiasa mengamalkan doa-doa & amalan Rasulullah saw dalam apa jua aktiviti kehidupan sehari-hari.

· Mengusir syaitan dari dalam rumah Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah menjadikan rumah kalian laksana kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan pergi dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya.”

Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menerangkan,

“Bacalah surah Al-Baqarah di dalam rumah kalian sebab syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya.”

Mengenai keutamaan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah itu, serta pengaruhnya kerana membacanya di dalam rumah, baginda menyebutnya:

“Sesungguhnya Allah Taala telah menulis sebuah kitab dua ribu tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi, dan kitab itu berada di Arasy, dan Allah telah menurunkan darinya dua ayat yang Allah jadikan sebagai penutup surah Al-Baqarah. Jika kedua ayat tersebut tidak dibaca di dalam sebuah rumah selama tiga hari maka ia akan didekati oleh syaitan.”

MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN AGAMA & MENGAJARKAN HUKUM-HUKUM ISLAM

1. Melakukan solat di rumah.
2. Bukan orang lain menjadi imam.
3. Meminta izin, hendaklah orang Islam meminta izin sebelum memasuki mana-mana rumah, dan janganla dia masuk kecuali dengan izin shahibu bait.
4.Tidak perlu meminta izin masuk ke rumah penginapan (tamu).
5. Diizinkan makan di rumah para keluarga.
6. Meminta izin masuk ke bilik istirehat ibu-bapa.
7. Larangan membuang masa di rumah orang lain tanpa izin mereka.
8. Menetap di rumah semasa iddah.
9. Memisahkan tempat tidur bagi isteri yang nusyuz (yang tidak taat padanya) untuk memberi pengajaran supaya isteri tersebut berubah.
10.Tidak tidur malam sendirian di rumah, diriwayatkan oleh ibn Umar Rasulullah SAW melarang orang bersendirian di dalam rumah kerana bahaya bagi dirinya, larangan ini demi kemaslahatannya.
11.Tidak tidur di atas loteng yang tidak ada dindingnya, kerana jika orang itu jatuh ke bawah lalu mati maka tidak ada orang yang dapat dipertanggungjawabkan atas kematiannya.
12.Kucing tidak najis, dan Rasulullah SAW bersabda bahawa: “Kucing tidak najis, dan termasuk binatang yang bolak-balik di hadapan kalian”.

SALING BERKOMUNIKASI DALAM KELUARGA

1.Menyediakan masa bersama untuk ahli keluarga, Allah menerangkan di dalam Al-Quran, “sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka…..”
2. Menyembunyikan perselisihan keluarga di hadapan anak-anak.
3. Tidak menerima tetamu yang tidak disukai.
4. Mengawasi aktiviti-aktiviti keluarga, siapa teman mereka, apa yang dibawa masuk ke dalam rumah, apa yang terdapat di dalam bilik mereka dan ke mana anak-anak pergi dan dengan siapa mereka pergi.

MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK

· Hafalan Al-Quran dan kisah-kisah dalam IslamTidak ada yang lebih baik bagi seorang bapa selain membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada anak-anaknya dan menerangkannya secara sederhana, serta memberi hadiah apabila mereka menghafalnya. Anak-anak dapat menghafal surah yang sering dibaca oleh bapanya misalnya, apabila sering diadakan majlis ta’lim dirumah pada setiap jumaat dan pada majlis itu sering dibaca surah Al- Kahfi maka tidak mustahil anak itu dapat menghafal surah tersebut dengan cepat. Sering menceritakan pada anak-anak kisah-kisah nabi, kisah teladan dan pahlawan –pahlawan Islam. Mengajar anak-anak zikir dan doa-doa harian yang dapat diamalkan oleh anak-anak seharian dan yang paling utama sekali bapa harus menunjukkan contoh yang baik supaya dapat diikuti olah anak-anak.

·Memperhatikan sahabat anak-anak
·Menyediakan permainan yang bermanfaat
·Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan
·Akrab dan lemah lembut terhadap anak-anak
·Displin waktu tidur dan makan
·Menilai pekerjaan wanita di luar rumah, dengan memastikan bahawa isteri dan anak-anak mempunyai pekerjaan dan halal di sisi agama
·Menjaga rahsia rumah-tangga
a) Tidak menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri.
b) Tidak menyebarkan perselisihan-perselisihan yang terjadi antara suami-isteri.
c) Tidak membongkar apa saja yang bersifat peribadi, sekiranya dibongkar di hadapan orang lain akan menimbulkan mudharat bagi rumahtangga atau salah seorang ahlinya.

KEPERIBADIAN DALAM RUMAHTANGGA

1.Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga.
2.Membantu menyelesaikan pekerjaan rumah.
3.Bermesra dengan keluarga.
4.Mencegah akhlak tercela di dalam rumah seperti dusta, ghibah (memperkatakan keburukan orang lain), namimah dan sebagainya.
5.Menggantungkan cabuk pada tempat yang dapat dilihat oleh anggota keluarga, sebagai amaran bahawa apabila ada diantara anggota keluarga yang melakukan kesalahan berat maka mereka akan dihukum.

MENGHINDARI KEMUNGKARAN DI DALAM RUMAH

1.Berhati-hati, jangan sampai kerabat yang bukan mahram masuk ke dalam rumahnya yang ada wanita di dalamnya pada waktu ketiadaan suaminya.
2.Memisahkan para lelaki dan wanita ketika melakukan kunjungan keluarga.
3.Bersikap waspada pada pemandu dan pembantu rumah.
4.Berhati-hati pada bahaya TV dan video.
5.Berhati-hati pada bahaya telefon.
6.Wajib menghilangkan segala bentuk symbol keagamaan orang-orang kafir dan agama batil dari dalam rumah.
7.Menghilangkan gambar-gambar yang bernyawa.
8.Laranglah merokok di rumah anda.
9.Hindari jangan sampai anda suka memelihara anjing di rumah.
10.Menghindari mengukir atau menghiasi rumah sehingga menyerupai rumah orang kafir.

MEMILIH LOKASI DAN SUASANA KEDIAMAN

1. Lokasi rumah

Sebaiknya, lokasinya dekat dengan masjid. Dalam hal ini, terdapat berbagai faedah yang amat besar nilainya, dengan mendengar azan, maka akan memudahkan bagi kaum lelaki pergi solat berjemaah, bagi wanita mudah ke majlis ilmu dan bagi kanak-kanak pergi ke kelas Al-Quran. Hendaklah rumah itu tidak berada pada bangunan yang ada kefasikan, atau berada pada kompleks perumahan yang ada padanya orang-orang kafir dan didalamnya terdapat kolam renang yang akan berkumpul lelaki dan perempuan. Kemudian rumah tidak terbuka, kalau pun terjadi demikian maka hendaklah dibuat tabir atau dengan meninggikan tembok.

2. Suasana di dalam rumah, hendaklah diperhatikan kemungkinan memisahkan antara lelaki dan perempuan dengan memasuki pintu yang berlainan. Jika hal ini tidak ada memadai dengan memasang pemisah dengan kain.

3. Memilih tetangga dahulu sebelum memilih rumahRasulullah Saw telah memberitahu mengenai empat perkara yang dapat mendatangkan kebahagian, lalu baginda menyebut hal itu, dan di antaranya ialah al-jar ash-shalih tetangga yang soleh. Juga baginda memberitahukan empat perkara yang dapat mendatangkan keburukan di antaranya ialah al-jar as-su’ tetangga yang jahat.

4. Menyediakan kemudahan untuk ahli keluarga, kemudahan perabot di rumah dan keselesaan di rumah.

5. Mengutamakan kesihatan ahli keluarga. Rasulullah SAW apabila salah seorang dari keluarganya mengalami sakit, baginda menghembuskan berbagai bacaan ta’awwudz (meminta perlindungan) kepadanya.

Dinukil dari buku “ RumahTangga Idola”Oleh Muhammad Al-Munajjid Darul Nu’man

Monday, August 18, 2008

Mengapa Perlu Berkahwin???


1. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia,
nanti banyak sangat komitmen.
2. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?
3. Sanggupkah saya mengorbankan usia muda
saya dengan perkahwinan?
Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang
berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita
atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup
akibat dari latar belakang keluarga yang tidak harmoni.
Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau
memberikan komitmen dalam perkahwinan.
Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang
bekerjaya profesional, hidup mewahtidak mahu
berkahwin.Terutamanya apabila yang sudah
mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya
hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki atau
perempuan.
Mengapa Perlu Berkahwin ?
Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya
mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan
juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin
samada takut, risau, serta alasan yang lain.
(Kecuali mereka yang mempunyai penyakit
yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan
kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta.
Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat,
tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri,
mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri
atau suami.
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut
seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah.
Manusia mempunyai keinginan dan kehendak
terutamanya di dalam persoalan seksual.
Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan
sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi
memenuhi tuntutan tersebut.
Dari Abi Samrah r.a menyatakan :
Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi)


Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"Rasulullah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un
untuk hidup membujang. Kalaulah Rasulullah membenarkannya
nescaya kami akan mengembiri".
(Riwayat Muslim)
Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang
mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan
yang dimurkai ALLAH.
Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka
tidak dapat membendung keinginan serta
menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan
wanita.
Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir
yang tidak elok.Akhirnya ada yang telah
menghampiri kepada zina serta menjerumuskan
diri di dalamnya.Anak-anak luar nikah dikandungnya,
ada yang dibunuh,dibuang, dan juga dibela.
Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela
anak angkat. Sayangnya di dalam Islam,
anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya.
Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian
dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak
kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.
Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang
soleh dan berkualiti
Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat".
(Riwayat Abu Daud)
Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk
institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat
Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti.
Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina.
Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak
mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka.
Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan
dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat
sekeliling dan manusia keseluruhannya.
Jiwa tenang dengan jalan pernikahan
Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan
dan ketenteraman.
Firman ALLAH ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri
supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang
dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan
fikiran dan hatinya tidak berasa tenang,
tiada teman untuk dikongsi masalah?
Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki
dan wanita melalui jalan perkahwinan?
Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah
yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran,
perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa
kepada perasaan malu dan pesimis.
Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan
membina prinsip kerjasama.
Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup
buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan
kematangan dalam pengurusan hidup. Solat
bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga
berseorangan.
Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang
ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu
Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai
khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal
istilah suami dan isteri,ibu dan bapa serta anak.
Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang
menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq,
khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah
dan sebagainya.
Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri
bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan
sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam
solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan
pendokong kepada suaminya di kala susah dan
senang.Isteri akan membantu suami di dalam
urusan seharian, makan pakainya, tempat
tinggal dan anak-anak.
Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki
yang halal, mempertahankan, melindungi dan
memelihara kehormatan isteri. Dengan jalan halal
yang telah digariskan oleh Islam, daerah
persaudaraan akan semakin meluas.
Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga
yang telah disatukan di atas jalan ini.
Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling
berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan
dapat menjamin kesejahteraan masyarakat,
menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta
pengekalan keturunan manusia.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) di antara kamu,
dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu,
lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas
(rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)
Antara sumber ambilan : Dr Mutofa Al Khin, Dr Mustofa al Bugho, Ali Asy Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie (Bersuci dan Sembahyang) Pustaka Salam, 2005