Thursday, August 28, 2008

KAITAN MINDA BAWAH SEDAR & KHUSYUK SOLAT




"Kaitan minda bawah sedar dan khusyuk dalam sembahyang. Minda bawah sedar beroperasi dengan tiga modaliti. Iaitu pendengaran , penglihatan dan emosi (hati)

Dengan menggunakan ketiga-tiga modaliti ini dapat membawa diri kita menuju pada khusyuk dalam sembahyang. InsyaAllAH

Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam hal-hal yang Kami belum pernah meneguhkan kedudukanmu dalam hal itu dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit juapun bagi mereka, karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh siksa yang dahulu selalu mereka memperolok-olokkannya. (AL-AHQAAF: 26 )

Setiap pendengaran, penglihatan dan hati (emosi) adalah secara berpasangan iaitu dalam bentuk zahir dan batin.

Sewaktu kita mendirikan solat hendaklah kita bersikap IHSAN iaitu

“Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat akan dia; Jika engkau tidak dapat melihat akan Dia , maka sesungguhnya Dia melihat engkau. Maksud Hadis nabi .

Kekuatan minda bawah sedar kita yang seolah-olah dapat melihat ALLAH dengan mata hati kerana kita ;melihat ALLAh dengan kepercayaan yang hakiki bahawa Allah tuhan kita, Iaitu beriman kepada yang ghaib yang menjadikan penglihatan kita disinari Nur Illahi.


(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
Baqarah:3

Penetapan minda perlu dilakukan iaitu kita sentiasa memberitahu kepada diri kita setiap kali mendirikan sembahyang iaitu Katakan pada diri ‘Aku mesti khusyuk sembahyang pada kali ini". Kita sebenarnya menyampaikan mesej ini kepada minda bawah sedar iaitu janji dan keazaman kita untuk khusyuk dan ada juga setengah ulama yang membayangkan setiap kali mendirikan solat mereka mengatakan mungkin itu solat yang terakhir mereka dapat lakukan.


Hadir hati ialah dengan mengosongkan fikiran kita mengenai hal keduniaan. Kita serahkan hal dunia pada pemiliknya dan kosongkan pemikiran terhadap dunia keran setiap kali solat ialah kita menghubungkan jambatan akhirat dengan meninggalkan dunia. Solat juga merupakan ‘MIKRAJ’ iaitu jiwa kita diperjalankan datang meghadap Allah. Angkatkan ‘jiwa kita menghadap Allah yang maha AGUNG dengan emosi yang penuh kekudusan dan keikhlasan .

Di sinilah peranan emosi kita perlu dibangkitkan sehingga kita dapat merasakan kehebatan dan kebesaran Allah . Apabila anda berada pada tahap ini akan terasa getaran di hati tanpa disedari airmata akan mengalir ke pipi kerana merasa HAIBAH atau rasa segan dan takut kepada PENCIPTA . Perasaan MALU (HAYA’) akan meneyelubungi jiwa anda kerana anda ‘melihat’ kebesaran ALLAH dan anda sebagai hamba.NYA

Dalam Pendengaran pula anda hayati bacaan-bacaan dalam sembahyang. Pastikan pendengaran anda samada secara dalaman dan luaran dapat didengari. Oleh telinga batin dan telinga zahir. Barulah anda tidak berada di dalam kelalaian. Bacalah dengan tartil, jangan laju-laju sambil menghayati bacaan tersebut supaya tingkat kesedaran diri anda pada tahap yang tertinggi.Yang paling baik anda memahami bacaan-bacaan tersebut.

Untuk mencapai tahap tersebut anda mesti fokus pada hati (EMOSI) ,pendengaran dan penglihatan anda samada luaran atau dalaman secara bersungguh-sungguh.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A’raaf:179)


Menggunakan minda bawah sedar dalam menunaikan solat ialah dengan daya imaginasi . Dalam solat hendaklah anda membayangkan syurga dan neraka. Dengan cara ini dapat menarik hati kamu untuk melakukan solat dengan bersungguh-sungguh. Bayangkan juga alam semesta yang teramat luas samada di langit dan bumi serta isinya yang akan membawa rasa takjub kepada kehebatan penciptanya.

Amalan di luar solat pula ialah hendaklah kamu mengingati Allah pada bila-bila masa kerana ianya dapat membantu kamu khusyuk dalam solat. Amalan membaca Alquraan dan , berzikir dan sentiasa merenung dan memikirkan ciptaan Allah akan membawa kepada khusyuk dalam sembahyang . InsyaAllah

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya (Al-Mukminun :1-2)

Wednesday, August 27, 2008

KHUTBAH NABI S.A.W. MENYAMBUT RAMADHAN



"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasa-Nya. Didalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan.
Padanya ada suatu malam yang terlebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan penghulu segala bulan, maka "Selamat datanglah" kepadanya."

Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kewajiban, dan qiam dimalam harinya suatu tatawwu'.

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu didalam bulan yang lainnya.
Barangsiapa menunaikan sesuatu fardhu dalam bulan Ramadhan samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu dibulan lainnya.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah surga.
Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin didalamnya.
Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang demikian itu adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa.
Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.
Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya ampunan, dan akhirnya kemerdekaan dari neraka.
Barangsiapa yang meringankan beban seseorang (yang membantunya) niscaya Allah mengampuni dosanya

Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara dibulan Ramadhan.
Dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.
Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya.

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.
Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk kedalam surga."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Monday, August 25, 2008

Persiapan Utama Berumahtangga


MEMILIH ISTERI DENGAN BAIK

“Dan, kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu,
dan orang-orang yang (berkahwin) dari hamba-hambanya
sahayamu yang lelaki dan hamba-hambanya sahayamu yang
perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan
mereka dengan kurnia-Nya. Dan, Allah Maha Luas
(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur : 32 )


Ciri – ciri isteri solehah yang telah ditetapkan
dalam sunnah Rasulullah saw:

Menjalankan perintah agama, wanita yang cantik,
yang kaya, yang baik keturunannya dan beriman.

1- Wanita solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.

2- Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda “Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat.”

3- Wanita penyayang dan berketurunan, Rasulullah saw bersabda “Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat”.

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk (jahat) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud:

“Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan di antara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu.”

BERUSAHA MEMPERBAIKI ISTERI

Apabila isteri itu seorang yang solelah, maka itu merupakan kenikmatan dan anugerah Allah . Tetapi, jika ia tidak solehah atau tidak baik, maka merupakan kewajipan pemimpin rumah tangga untuk berusaha memperbaikinya.

Perkara ini boleh terjadi kerana beberapa sebab, di antaranya jika seorang lelaki mengahwini wanita yang pada dasarnya tidak taat agama, kerana lelaki tersebut pada mulanya tidak memberi keutamaan pada aspek keagamaan calon isterinya, atau ia menikahinya dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian, atau kerana desakan dan paksaan keluarganya.

Namun, ia hendaklah terlebih dahulu mengetahui bahawa yang memberi hidayah itu Allah , dan Allahlah yang sebenarnya memperbaiki keadaan. Selain dari mendidik suami hendaklah sentiasa berdoa semoga isteri mereka akan berubah menjadi insan yang lebih baik dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah .

Untuk memperbaiki isteri ada beberapa cara:

1. Memberikan tumpuan untuk memperbaiki cara peribadatannya kepada Allah Taala.
2. Berusaha memperbaiki aspek keimanannya, seperti:

a) Menganjurkannya melakukan qiyamullail (solat malam).
b) Menganjurkan supaya rajin membaca Quran.
c) Menganjurnya untuk menghafal zikir-zikir dan doa-doa serta mengingatkannya agar melakukannya pada waktu-waktu dan kesempatan-kesempatan yang di anjurkan.
d) Mendidiknya agar rajin bersedekah.
e) Menyuruhnya agar membaca buku-buku keislaman yang bermanfaat.
f) Menyuruhnya agar mendengar kaset-kaset keIslaman yang berfaedah, baik yang berkenaan dengan ilmu pengetahuan mahupun pembinaan keimanan, serta terus berusaha untuk menyediakan kaset-kaset tersebut.
g) Memilih sahabat-sahabat dari kalangan wanita-wanita yang beragama, dan mengikat tali persaudaraan bersama mereka, sebagai teman berbincang dalam kebaikan dan saling kunjung-mengunjungi dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat.
h) Mencegahnya dari melakukan kejahatan dan menutup pintu-pintunya dengan cara menjauhkannya dari bergaul dengan teman-teman yang buruk perangainya dan menjauhi tempat-tempat kejahatan.

SUASANA RUMAH TANGGA YANG DIBERKATI

Rumah sebagai tempat mengingat Allah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

“Perumpamaan rumah yang dijadikan tempat mengingat Allah dan rumah yang tidak dijadikan tempat mengingat Allah adalah bagaikan perbezaan antara orang yang hidup dan orang yang telah meninggal.”

Apabila rumah dijadikan tempat mengingat Allah , maka malaikat akan masuk ke dalamnya dengan membawa rahmat dan berkat. Mengingat Allah dengan banyak membaca Al- Quran, solat, zikir dan mengkaji ilmu agama dan membaca beraneka ragam ilmu. Selain itu rumah tersebut juga harus jauh dari kemaksiatan dan kemungkaran dengan dipenuhi dengan gambar-gambar khurafat, patung-patung, lagu-lagu yang mengkhayalkan dan minuman keras.
Rumah sebagai kiblat, tempat sujud dan ibadah kepada Allah Taala

· Pendidikan keimanan terhadap ahli keluarga
a) menyuruh isteri solat malam
b) menyuruh isteri bersedekah

Jika ketua rumah tangga ingin menunjukkan teladan yang baik bagi anggota keluarganya maka hendaklah ia berpuasa pada ayyamul baidh “Hari-hari purnama” (tanggal 13, 14, 15), puasa Isnin-Khamis, puasa Hari Tasu’a (tanggal 9 Muharram), puasa Hari Asyura’ (tanggal 10 muharram), puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) dan banyak berpuasa pada bulan Muharram dan bulan Syawal, sehingga keteladanan ini akan menjadi pendorong bagi ahli keluarga.

· Amalan sunnah dalam rumahtangga
a) Bacaan ketika masuk rumah, masuk ke rumah dengan menyebut nama Allah .
b) Doa ketika keluar rumah, keluar rumah dengan menyebut nama Allah dan membaca doa.
c) Bersiwak, Rasulullah SAW apabila ingin masuk ke dalam rumah baginda akan memakai siwak yaitu membersihkan gigi dengan kayu siwak.

Sentiasa mengamalkan doa-doa & amalan Rasulullah saw dalam apa jua aktiviti kehidupan sehari-hari.

· Mengusir syaitan dari dalam rumah Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah menjadikan rumah kalian laksana kuburan. Sesungguhnya syaitan itu akan pergi dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya.”

Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW menerangkan,

“Bacalah surah Al-Baqarah di dalam rumah kalian sebab syaitan tidak akan masuk ke dalam rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah di dalamnya.”

Mengenai keutamaan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah itu, serta pengaruhnya kerana membacanya di dalam rumah, baginda menyebutnya:

“Sesungguhnya Allah Taala telah menulis sebuah kitab dua ribu tahun sebelum Ia menciptakan langit dan bumi, dan kitab itu berada di Arasy, dan Allah telah menurunkan darinya dua ayat yang Allah jadikan sebagai penutup surah Al-Baqarah. Jika kedua ayat tersebut tidak dibaca di dalam sebuah rumah selama tiga hari maka ia akan didekati oleh syaitan.”

MENGUTAMAKAN PENDIDIKAN AGAMA & MENGAJARKAN HUKUM-HUKUM ISLAM

1. Melakukan solat di rumah.
2. Bukan orang lain menjadi imam.
3. Meminta izin, hendaklah orang Islam meminta izin sebelum memasuki mana-mana rumah, dan janganla dia masuk kecuali dengan izin shahibu bait.
4.Tidak perlu meminta izin masuk ke rumah penginapan (tamu).
5. Diizinkan makan di rumah para keluarga.
6. Meminta izin masuk ke bilik istirehat ibu-bapa.
7. Larangan membuang masa di rumah orang lain tanpa izin mereka.
8. Menetap di rumah semasa iddah.
9. Memisahkan tempat tidur bagi isteri yang nusyuz (yang tidak taat padanya) untuk memberi pengajaran supaya isteri tersebut berubah.
10.Tidak tidur malam sendirian di rumah, diriwayatkan oleh ibn Umar Rasulullah SAW melarang orang bersendirian di dalam rumah kerana bahaya bagi dirinya, larangan ini demi kemaslahatannya.
11.Tidak tidur di atas loteng yang tidak ada dindingnya, kerana jika orang itu jatuh ke bawah lalu mati maka tidak ada orang yang dapat dipertanggungjawabkan atas kematiannya.
12.Kucing tidak najis, dan Rasulullah SAW bersabda bahawa: “Kucing tidak najis, dan termasuk binatang yang bolak-balik di hadapan kalian”.

SALING BERKOMUNIKASI DALAM KELUARGA

1.Menyediakan masa bersama untuk ahli keluarga, Allah menerangkan di dalam Al-Quran, “sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka…..”
2. Menyembunyikan perselisihan keluarga di hadapan anak-anak.
3. Tidak menerima tetamu yang tidak disukai.
4. Mengawasi aktiviti-aktiviti keluarga, siapa teman mereka, apa yang dibawa masuk ke dalam rumah, apa yang terdapat di dalam bilik mereka dan ke mana anak-anak pergi dan dengan siapa mereka pergi.

MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK

· Hafalan Al-Quran dan kisah-kisah dalam IslamTidak ada yang lebih baik bagi seorang bapa selain membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada anak-anaknya dan menerangkannya secara sederhana, serta memberi hadiah apabila mereka menghafalnya. Anak-anak dapat menghafal surah yang sering dibaca oleh bapanya misalnya, apabila sering diadakan majlis ta’lim dirumah pada setiap jumaat dan pada majlis itu sering dibaca surah Al- Kahfi maka tidak mustahil anak itu dapat menghafal surah tersebut dengan cepat. Sering menceritakan pada anak-anak kisah-kisah nabi, kisah teladan dan pahlawan –pahlawan Islam. Mengajar anak-anak zikir dan doa-doa harian yang dapat diamalkan oleh anak-anak seharian dan yang paling utama sekali bapa harus menunjukkan contoh yang baik supaya dapat diikuti olah anak-anak.

·Memperhatikan sahabat anak-anak
·Menyediakan permainan yang bermanfaat
·Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan
·Akrab dan lemah lembut terhadap anak-anak
·Displin waktu tidur dan makan
·Menilai pekerjaan wanita di luar rumah, dengan memastikan bahawa isteri dan anak-anak mempunyai pekerjaan dan halal di sisi agama
·Menjaga rahsia rumah-tangga
a) Tidak menyebarkan rahsia hubungan suami-isteri.
b) Tidak menyebarkan perselisihan-perselisihan yang terjadi antara suami-isteri.
c) Tidak membongkar apa saja yang bersifat peribadi, sekiranya dibongkar di hadapan orang lain akan menimbulkan mudharat bagi rumahtangga atau salah seorang ahlinya.

KEPERIBADIAN DALAM RUMAHTANGGA

1.Bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga.
2.Membantu menyelesaikan pekerjaan rumah.
3.Bermesra dengan keluarga.
4.Mencegah akhlak tercela di dalam rumah seperti dusta, ghibah (memperkatakan keburukan orang lain), namimah dan sebagainya.
5.Menggantungkan cabuk pada tempat yang dapat dilihat oleh anggota keluarga, sebagai amaran bahawa apabila ada diantara anggota keluarga yang melakukan kesalahan berat maka mereka akan dihukum.

MENGHINDARI KEMUNGKARAN DI DALAM RUMAH

1.Berhati-hati, jangan sampai kerabat yang bukan mahram masuk ke dalam rumahnya yang ada wanita di dalamnya pada waktu ketiadaan suaminya.
2.Memisahkan para lelaki dan wanita ketika melakukan kunjungan keluarga.
3.Bersikap waspada pada pemandu dan pembantu rumah.
4.Berhati-hati pada bahaya TV dan video.
5.Berhati-hati pada bahaya telefon.
6.Wajib menghilangkan segala bentuk symbol keagamaan orang-orang kafir dan agama batil dari dalam rumah.
7.Menghilangkan gambar-gambar yang bernyawa.
8.Laranglah merokok di rumah anda.
9.Hindari jangan sampai anda suka memelihara anjing di rumah.
10.Menghindari mengukir atau menghiasi rumah sehingga menyerupai rumah orang kafir.

MEMILIH LOKASI DAN SUASANA KEDIAMAN

1. Lokasi rumah

Sebaiknya, lokasinya dekat dengan masjid. Dalam hal ini, terdapat berbagai faedah yang amat besar nilainya, dengan mendengar azan, maka akan memudahkan bagi kaum lelaki pergi solat berjemaah, bagi wanita mudah ke majlis ilmu dan bagi kanak-kanak pergi ke kelas Al-Quran. Hendaklah rumah itu tidak berada pada bangunan yang ada kefasikan, atau berada pada kompleks perumahan yang ada padanya orang-orang kafir dan didalamnya terdapat kolam renang yang akan berkumpul lelaki dan perempuan. Kemudian rumah tidak terbuka, kalau pun terjadi demikian maka hendaklah dibuat tabir atau dengan meninggikan tembok.

2. Suasana di dalam rumah, hendaklah diperhatikan kemungkinan memisahkan antara lelaki dan perempuan dengan memasuki pintu yang berlainan. Jika hal ini tidak ada memadai dengan memasang pemisah dengan kain.

3. Memilih tetangga dahulu sebelum memilih rumahRasulullah Saw telah memberitahu mengenai empat perkara yang dapat mendatangkan kebahagian, lalu baginda menyebut hal itu, dan di antaranya ialah al-jar ash-shalih tetangga yang soleh. Juga baginda memberitahukan empat perkara yang dapat mendatangkan keburukan di antaranya ialah al-jar as-su’ tetangga yang jahat.

4. Menyediakan kemudahan untuk ahli keluarga, kemudahan perabot di rumah dan keselesaan di rumah.

5. Mengutamakan kesihatan ahli keluarga. Rasulullah SAW apabila salah seorang dari keluarganya mengalami sakit, baginda menghembuskan berbagai bacaan ta’awwudz (meminta perlindungan) kepadanya.

Dinukil dari buku “ RumahTangga Idola”Oleh Muhammad Al-Munajjid Darul Nu’man

Monday, August 18, 2008

Mengapa Perlu Berkahwin???


1. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia,
nanti banyak sangat komitmen.
2. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?
3. Sanggupkah saya mengorbankan usia muda
saya dengan perkahwinan?
Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang
berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita
atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup
akibat dari latar belakang keluarga yang tidak harmoni.
Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau
memberikan komitmen dalam perkahwinan.
Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang
bekerjaya profesional, hidup mewahtidak mahu
berkahwin.Terutamanya apabila yang sudah
mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya
hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki atau
perempuan.
Mengapa Perlu Berkahwin ?
Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya
mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan
juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin
samada takut, risau, serta alasan yang lain.
(Kecuali mereka yang mempunyai penyakit
yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan
kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta.
Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat,
tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri,
mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri
atau suami.
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut
seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah.
Manusia mempunyai keinginan dan kehendak
terutamanya di dalam persoalan seksual.
Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan
sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi
memenuhi tuntutan tersebut.
Dari Abi Samrah r.a menyatakan :
Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi)


Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"Rasulullah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un
untuk hidup membujang. Kalaulah Rasulullah membenarkannya
nescaya kami akan mengembiri".
(Riwayat Muslim)
Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang
mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan
yang dimurkai ALLAH.
Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka
tidak dapat membendung keinginan serta
menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan
wanita.
Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir
yang tidak elok.Akhirnya ada yang telah
menghampiri kepada zina serta menjerumuskan
diri di dalamnya.Anak-anak luar nikah dikandungnya,
ada yang dibunuh,dibuang, dan juga dibela.
Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela
anak angkat. Sayangnya di dalam Islam,
anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya.
Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian
dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak
kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.
Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang
soleh dan berkualiti
Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat".
(Riwayat Abu Daud)
Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk
institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat
Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti.
Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina.
Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak
mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka.
Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan
dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat
sekeliling dan manusia keseluruhannya.
Jiwa tenang dengan jalan pernikahan
Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan
dan ketenteraman.
Firman ALLAH ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu
(wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri
supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang
dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang
yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan
fikiran dan hatinya tidak berasa tenang,
tiada teman untuk dikongsi masalah?
Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki
dan wanita melalui jalan perkahwinan?
Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah
yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran,
perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa
kepada perasaan malu dan pesimis.
Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan
membina prinsip kerjasama.
Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup
buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan
kematangan dalam pengurusan hidup. Solat
bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga
berseorangan.
Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang
ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu
Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai
khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal
istilah suami dan isteri,ibu dan bapa serta anak.
Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang
menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq,
khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah
dan sebagainya.
Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri
bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan
sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam
solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan
pendokong kepada suaminya di kala susah dan
senang.Isteri akan membantu suami di dalam
urusan seharian, makan pakainya, tempat
tinggal dan anak-anak.
Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki
yang halal, mempertahankan, melindungi dan
memelihara kehormatan isteri. Dengan jalan halal
yang telah digariskan oleh Islam, daerah
persaudaraan akan semakin meluas.
Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga
yang telah disatukan di atas jalan ini.
Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling
berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan
dapat menjamin kesejahteraan masyarakat,
menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta
pengekalan keturunan manusia.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) di antara kamu,
dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu,
lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas
(rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)
Antara sumber ambilan : Dr Mutofa Al Khin, Dr Mustofa al Bugho, Ali Asy Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie (Bersuci dan Sembahyang) Pustaka Salam, 2005

Kahwinlah Kerana ALLAH..



Kasih pudar tanpa agama

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia,
menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk
institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat
meneruskan keturunan manusia.

Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi.

Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh
perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan
mengakibatkan masalah kemudian hari.


Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih
gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan
dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina
gerbang perkahwinan.


Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya,
tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama
diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh
menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar
dan akhirnya berlaku perpisahan.


Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar
bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama
sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka.


Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan
suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai
kejadian tidak diingini.

Kriteria Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama,
ia masih relevan.

Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan
dan kebahagiaan yang dibina bertahan hingga ke
penghujung nyawa. Jika betul-betul berasaskan kriteria yang
disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam
rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas.


Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih
jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama
dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti". (Riwayat Abu Hurairah)



Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan
lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya.



Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat,
bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai
suami atau isteri.

Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban
pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai
persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin
kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil
hati atau rendah diri.

Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan
dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun
ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya
tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti
cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas
dalam memilih jodoh. Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta.

Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar
sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya mahu
berpanjangan, katanya.

Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami
perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum
perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari.


Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis
panduan terbabit. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk
menentukan calon pasangan anda beragama dan
berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara,
kawan, malah melihat tindak tanduknya.

Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta,

berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting
kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka
kepada kecantikan.


Cuma, apa yang penting dahulukan agama.
Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya,
itu tentu pilihan yang baik, katanya.

Rintihan Diriku Seorang Hamba....


Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.


Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.


Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.


Diriku,

Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang.
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.


Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.


Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.


Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja,
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati,
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan hati yang sakit,
Apatah lagi menghidupkan hati yang mati.


Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia kerana kedaulatan Tuhanmu.
Namun rasailah kekerdilan dirimu di hadapan qudrat dan iradat-Nya.


Ya Tuhan..
Ampunilah dosa diriku ini..
kini diriku mengerti jua ya ILAHI

Tuesday, August 12, 2008

MAKNA CINTA DAN PERKAHWINAN




Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…
Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”Guru itupun berkata: “Itulah cinta”
Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan Guru pun menjawab:”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.
Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan…akhirnya saya tinggalkan.
Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”Lalu sang guru berkata: “Itulah makna perkahwinan.”
Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih…tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam, kelmarin atau bersemayam pada masa lalu kita.

"Cantiknya Wanita"




Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Monday, August 11, 2008

"PEREMPUAN ACUAN AL-QUR’AN"


Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta..
takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad
dan nyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya
sentiasa membesarkan Allah
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi
Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku
yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri
Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana
Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia
Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…Perempuan acuan al-Qur’an.

"Delima Suami dalam Memartabatkan Institusi Kekeluargaan"


Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki
Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

Jawapan & Penjelasan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.


Syariat & Darurat

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.


Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.


Pemeriksaan Bulanan


Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.


Aspek Psikologi

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga.

Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.


Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.


Menggerakkan Nafsu Syahwat

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.


Keretakan Rumahtangga

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka.


"Wanita Yang Menolak Perkahwinan"



Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Saya akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.
Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan"

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami. Sama-samalah kita menghayati hikmah di sebalik perkahwinan ini...

Wednesday, August 6, 2008

Buat Yang Bergelar Muslimah...


Wajahmu yang ayu menawan
kenapa dipalit topeng derandam
hingga hilang seri asli
menjadi tontonan asyik
mata yang tak berhak
Tidakkah engkau bimbang
iakan mencair mengalir dan menitis pedih
kerana panasnya api
siksa untuk keegoanmu
Mahkota yang panjang mengurai
kenapa dibiar lepas bebas
ditiup angin nafsu
tidakkah kau takut
ia disentak sisir panas dari bara jahanam
hingga mengelegak ubun-ubun
balasan untuk keangkuhan
Suaramu halus gemersik
kenapa lunak berhias merdu merintih
melirik senyum manja
mengoncang iman tipis
tidakkah engkau gementar
gelegak cairan timah
mencerup kerongkongmu
natijah untuk keengananmu
Tubuhmu yang indah tebentuk
kenapa dibiar terdedah benang2 pintal yang singkat
jarang2 dan ketat...
apakah tak cukup lading kapas
Lenggok beralun membuang langkah
memancing jiwa-jiwa kontang
tidakkah kau gusar ia hangus
dijilat lahar murkahadiah untuk keingkaran
Muslimahku...
Tidak cukup hanya taqwa
pakaian batin perlukan hijab pakaian zahir
keranan islam bukan isi atau kulit sahaja
tetapi syumul untukmu dan untuk semua....

Tuesday, August 5, 2008

Assalammualaikum.....

























Salam Ukhwah diucapkan buat semua pengunjung-pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini
Semoga sama-sama kita manfaatkan perkongsian ilmu di blog ini agar Allah meredhai perjuangan kita yang sementara di dunia ini dalam kembara mencari bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi suatu hari nanti..
Saya amat mengalu-alukan cadangan dan komen dari kalian semua agar dapat memperbaiki kelemahan diri ini.
Bersyukurlah kita atas rahmat dan kasih sayang Allah pada kita dengan mengurniakan nikmat yang sememangnya kita sebagai hambanya tidak mampu untu membalas...cuma, apa yang mampu adalah dengan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur denganNYA..

Ukhwahfillah...